Takaful Manfaat Pekerja

Manfaat Pekerja

Kami akui bahawa pekerja adalah aset yang paling penting bagi satu organisasi dalam mengekalkan perniagaan yang berjaya dengan produktiviti yang tinggi. Di Takaful Malaysia, kami menawarkan beberapa siri produk yang memberi perlindungan kepada pekerja anda merangkumi perlindungan hayat, perubatan dan penghospitalan. Yang paling penting, pasukan profesional kami yang cekap dan berpengalaman di dalam bidang Manfaat Pekerja bersedia untuk menawarkan penyelesaian mengikut keperluan dan belanjawan majikan/syarikat yang berbeza-beza.
Penyelesaian Manfaat Pekerja Anda Yang Menyeluruh
Sepintas Lalu
Perlindungan Komprehensif
  • Pelan kemasukan ke hospital & pembedahan berkelompok – rawatan perubatan yang fleksibel dan berpatutan untuk pekerja anda
  • Rawatan pesakit luar klinikal dan pakar berkelompok – perlindungan perubatan pilihan
  • Pelan perubatan boleh diperluaskan untuk tutur melindungi ahli keluarga tanggungan pekerja
  • Takaful keluarga Bertempoh Berkelompok – memberi perlindungan kewangan kepada pekerja anda sekiranya berlaku kematian disebabkan oleh penyakit atau kecederaan akibat kemalangan
Akses Mudah
  • Dirangka khusus supaya lebih kos efektif dan fleksibel – mengikut keperluan dan kemampuan anda
  • Proses pendaftaran yang mudah dan pengunderaitan dipermudahkan (jika berkenaan)
  • Rangkaian hospital dan klinik yang luas – kemudahan melalui akses tanpa tunai
  • Perlindungan 24 jam diserata dunia untuk kemasukan ke hospital & Takaful Keluarga Bertempoh
Perkhidmatan Tambahan
  • Perkhidmatan perundingan & nasihat profesional untuk memenuhi pelbagai keperluan anda
  • Program pengurusan inflasi perubatan & kesejahteraan
  • Perkhidmatan luar bagi pentadbiran dan perkhidmatan tuntutan perubatan
  • E-perkhidmatan termasuk portal pelanggan, e-pemberitahuan & e-pembayaran
  • Laporan kos, penggunaan & prestasi

 

Berbincanglah dengan kami untuk merancang penyelesaian Manfaat Pekerja yang membolehkan anda memaksimumkan manfaat di samping meminimumkan kos anda.
Risalah Produk
Pelan Takaful myGroup Khairat
Pelan Takaful myGroup Khairat Plan direka khas untuk kelompok, sama ada persatuan/ kelab professional/penduduk, koperasi dan lain-lain, yang mempunyai ahli di antara 50 sehingga 500 peserta. Pilihlah pelan yang paling sesuai dengan keperluan anda – pendaftaran yang mudah dan tiada pemeriksaan perubatan.
Risalah Produk
Takaful mySME Partner
Takaful mySME Partner adalah pelan manfaat pekerja yang direka khas untuk perusahaan kecil dan sederhana; khususnya untuk perusahaan yang mempunyai 5 – 150 pekerja. Ia merupakan penyelesaian manfaat pekerja menyeluruh yang menyediakan perlindungan maksimum terhadap kematian/ keilatan yang tidak dijangka, penyakit kritikal dan peningkatan perbelanjaan perubatan.
  • Pelan Manfaat Pekerja yang Ideal dengan Perlindungan Komprehensif
  • Pilihan Perlindungan Perubatan dan Hayat
  • Manfaat Pilihan bagi Mempertingkatkan Perlindungan
  • Akses Mudah dan Selesa untuk Penjagaan Perubatan
  • Proses Pendaftaran yang Mudah

 

 UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PRODUK DI ATAS, KUNJUNGI
Agensi Korporat Takaful Malaysia
DAE Consultancy & Services
6A Jalan 6C/7 Seksyen 16
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
(Atas Bank Islam Bandar Baru Bangi)
Tel : 03-8926.5464   Faks : 03-8926.4464
Email : dae_consultancy@yahoo.com.my | daeconsultancy14@gmail.com