TAKAFUL myFIRE

Takaful myFire menyediakan perlindungan untuk kerugian harta benda seperti bangunan, isi kandungan, perabot, loji, jentera serta stok. Pelan asas Takaful Kebakaran melindungi kerugian atau kerosakan harta benda anda yang disebabkan oleh kebakaran, kilat dan letupan gas silinder domestik di mana-mana bangunan dengan syarat bangunan itu tidak menjalankan sebarang kerja yang berkaitan dengan gas. Sijil ini boleh diperluaskan kepada peril khas yang dibenarkan di bawah Tarif Kebakaran Yang Disemak Semula (RFT). Perlindungan tambahan untuk melindungi peril berikut juga boleh didapati dengan sumbangan nominal:

  • Banjir
  • Tangki air yang pecah atau melimpah
  • Kerosakan hentaman
  • Kerosakan akibat niat jahat
  • Rusuhan dan Mogok

Sijil anda juga boleh diperluaskan untuk melindungi:

  • Kehilangan sewa
  • Yuran Arkitek, Juruukur dan Jurutera
    • IPembersihan sampah

Apa yang unik tentang kami…Pengendali Takaful yang PERTAMA dan satu-satunya di negara ini yang memberi ganjaran secara konsisten kepada para pelanggan melalui Pulangan Tunai sebanyak 15%* sekiranya tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh perlindungan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami di mana-mana Takaful myCare Centre yang berhampiran.