IKHLAS KEMBARA

Pelan Takaful ini menyediakan pampasan sekiranya berlaku kecederaan, hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK) atau kematian disebabkan oleh kemalangan di luar jangkaan, perbelanjaaan perubatan yang ditanggung akibat kemalangan;, kesulitan perjalanan dan bantuan perjalanan bagi perjalanan domestik dan luar negara. Pelan ini boleh disertai oleh mana-mana individu untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak. Pelan keluarga dibenarkan untuk perjalanan sehala sahaja dan had umur bagi anak adalah antara 30 hari hingga 21 tahun. Tempoh perlindungan bergantung kepada tempoh perjalanan tersebut.